Monday, August 25, 2008

KMLP Motorcross Fun ride 2008

Pada 16 dan 17 hb yg lalu, KMLP telah menganjurkan motorcross fun ride yg melibatkan 47 orang peserta termasuk jemputan drpd BKZ kl dan kelab motor lasak segamat.

Diari aktiviti

16 ogos 2008
Bertolak dari Felda chenderawasih, muadzam jam 1030 pagi dan berhenti rehat di sungai karang iaitu di separuh perjalanan. Melintasi sg karang dan meneruskan perjalanan ke rompin. Laluan kering dan selesa. semua peserta selamat tiba jam 1730 di laman pesta rompin setelah melalui jarak perjalanan sejauh 94 km. berkhemah di tepi pantai berhampiran pesta dan berehat sambil bersiar2...selepas itu, aktiviti bola tampar pantai juga diadakan walaupun semua peserta telah keletihan. pada sebelah malamnya, bbq diadakan bg memberi peluang ahli mengenali satu sama lain.

17 ogos 2008
Perjalanan dimulakan jam 0930, mengisi minyak dan seterusnya menuju ke taman negeri endau rompin. disitu kami disediakan makan tengah hari oleh taman negeri dan semua peserta mengisi minyak tambahan. laluan ke taman negeri lebih kurang 30 km dr rompin melalui felda berabong. Perjalanan balik agak licin kerana hujan turun sebaik sahaja kami melintasi sg karang semula. Ditambah pula dengan masalah kehabisan minyak oleh beberapa biji motor dan kerosakan yg berlaku kepada 2 biji motor. Motor yg rosak ditunda keluar oleh motorsikal lain. Perjalanan ini sejauh 160 km dari rompin agak panjang dari perjalanan sebelumnya. Semua selamat tiba di chenderawasih jam 2000 walaupun kami dikejutkan oleh lori balak yg memandu laju ketika hampir keluar dari hutan dan beberapa org ahli sesat dalam ladang, walaubagaimanapun semua peserta berjaya keluar dengan selamat. Malam itu juga, semua peserta dengan letih bertolak balik ke destinasi masing2.

Trip kali ni sungguh memuaskan dan dijangka diadakan semula tahun hadapan.

No comments: