Sunday, August 24, 2008

Memperkenalkan Aktiviti Motorsikal Lasak

Salam semua....

Motorsikal lasak merupakan adalah merupakan suatu sukan yang jarang2 kita dengar apetah lagi di malaysia. Sedangkan pada hakikatnya sukan ini telah berada di malaysia sejak 30 tahun yang lalu.....

Aktiviti motorsikal lasak ni sebenarnya terbahagi kepada beberapa bahagian atau jenis iaitu diantaranya "trail bike", "dirt bike" dan "cross bike" dsb. sukan ini memerlukan skil pengendalian yang motorsikal yang tinggi dan ciri2 keselamatan yg perlu dipatuhi setiap masa bg mengelakkan perkara yg tak diingini. Keselamatan diri adalah dengan memakai pelindung siku, dada, lutut dan kaki. Maka tidak hairan penggemar sukan ini sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk perlindungan diri. Saya sendiri baru sahaja berkecimpung dalam motor lasak sejak 5 bulan yg lalu dan tak dinafikan sukan ini terlalu ekstrem dan memerlukan dayatahan mental dan fizikal yg tinggi, bukan semua org mampu mengendalikan moto lasak.
Kebanyakan aktiviti yg saya sertai adalah "trailbike" dimana moto dikendalikan melalui denai atau jalan balak secara jarak jauh atau dekat menggunakan motorsikal BKZ 160 cc...

Kelebihan motor BKZ ini adalah dr segi penjimatan minyaknya dan kuasa serta berat yg sederhana dimana memudahkan perjalanan jarak jauh serta menaiki kawasan berbukit yg ekstrem dan melintasi sebarang anak sungai dengan mudah. Disamping itu juga, motor BKZ ini boleh ditukar ke 'mode' supermortard kerana motor ini dwifungsi iaitu 'on road' dan 'offroad' yg kemudian nnt saya akan ceritakan dgn panjang lebar.

Sukan Motorlasak ini sudah membawa saya ke taman negara, taman negeri endau rompin dan bermacam jenis trek hutan yg mencabar. Kepuasannya dapat dirasai bila sampai di destinasi yg dituju. ada juga kawan2 yg menggunakan motor x yg berkuasa tinggi spt CRF250 , KTM 200 tetapi itu semua terpulang kepada kemampuan individu dan minat masing2.

Di pahang ini, terdapat satu kelab yg mempromosi sukan ini iaitu Kelab motorsikal lasak pahang yang diterajui oleh presidennya iaitu angah. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk perlumbaan motor lasak di trek paya rambutan, kuantan, pahang. Kini semakin ramai peminat2 sukan ini di pahang dan tak mustahil satu hari nanti, sukan ini akan menjadi salah satu sukan yg paling popular di malaysia.

No comments: